Tuesday, December 3, 2013

SEMBOYAN SPM SUDAH BERBUNYI !

Bismillah .

Assalammualaikum w.b.t

Akhirnya , zaman 96 sudah berakhir dalam era persekolahan 2013 . next year , it will be my turn pulak . nervous ada , takut ada , semua ibarat dalam satu aliran . hahaha . lagipun , satu tahun je lagi tinggal sebelum meninggalkan zaman persekolahan . lepas itu , zaman di mana survival itu wujud . after that ,  mesti rindu zaman persekolahan , cikgu-ii , kawan-ii , and every single thing yang bole ingatkan pasal sekolah , always be in our mind .
"Zaman lepas habis sekolah , sangat berbeza dengan zaman persekolahan. Dekat sekolah , ada yang mengingatkan pasal pelajaran , tarbiah , biah islamiyyah . Itu semua jika nak , kene pandai-ii cari la." ( senior-ii sekolah)
Ya , aku setuju . Dengan keadaan di luar sana , aku masih risau akan nasib aku . Masih mentah untuk berhadapan dengan zaman survival itu . Ibarat kanak-ii mahu ditatih semasa berjalan . Kini sudah masuk bulan Disember , aku kene sediakan jadual kehidupan . Target untuk dicapai sebelum SPM , bahkan setelah melalui SPM . Perlu difikirkan .  Bak kate orang , "Sediakan payung sebelum hujan." Penting untuk pelan kecemasan jika apa yang aku target tidak kesampaian .
"Kita merancang untuk kehidupan kita , dan Allah juga merancang untuk kehidupan hambanya. Dan Allah jugalah yang sebaik-baik perancang ."
Untuk peringatan , jika kita sudah merancang seelok-eloknya , dan Allah takdirkan tidak menjadi , maka janganlah kita bersedih dengan takdir yang telah ditentukan. Dia tahu apa yang terbaik buat kita.
"Allah kata kun , maka jadilah."
Zaman persekolahan , zaman dimana kita mengenal erti diri . Kenal identiti diri . Kenal kawan-ii riang ria bersama. Hahaha . Di mana kita nampak keseronokan . Semuanya bahagia . Itupun bagi yang masih tidak mengejar cinta. Bagi yang sudah mengejar cinta , istilah lebih sinonim , "cinta monyet" . (sejak biler manusia bercinta ala-ala monyet)
"Cinta ala-ala monyet ini ibarat monyet yang sering bergayut dekat pokok . Selepas sudah pokok ini , pokok yang seterusnya , dan begitulah rutin seekor monyet."
Faham ? Nak kefahaman lagi ? Maksudnya , selepas seorang , dia akan kenal dengan seseorang pulak .
Macam ganti baju . As simple as abc . Hahaha (maaf kepada yang terasa)
"Cinta ini suci. Indah serta menyenangkan. Tapi itu bagi yang betul-ii faham akan erti cinta yang sebenar."
"Cinta itu kadang-ii boleh jadi fitrah , bahkan boleh jadi fitnah."

Be careful . Kadang-ii apa yang nampak indah itu , menjadi racun kepada kita kelak. Hahaha . And last but not least , hargailah zaman persekolahan anda .

No comments:

Post a Comment